Bridezilla's First Aid Kit

Tips memilih barang hantaran

Salam semua.. Hari ni kami di Pamabearlilangels nak share sedikit tips hantaran Do’s and Don’ts since ramai yang agak clueless.. Nak bagi berapa dulang? Nak letak apa atas dulang? Nak bagi sireh junjung or tepak sireh? Bukan pengantin je yang tanya k.. mak pengantin pun ada yang tanya gak hihi.. okay so please take note on this ye.. Hope this helps


Tips memilih barang hantaran
1. Anda perlu discuss dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. If boleh jangan buat surprise untuk pasangan.. Sebab ada customer yg clueless nak bagi berapa dulang sebab tak tahu berapa dulang and barang apa yang disediakan oleh pihak yang 1 lagi. Sila bincang, pilih dan beli bersama-sama untuk mengelakkan salah faham.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Sebagai contoh, jika perempuan beri 7 lelaki balas 5.
3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Ini boleh membantu mengurangkan kos menggubah dulang hantaran dan memudahkan penyerahan dulang kepada pihak pasangan. Jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin..
5. Pemilihan dulang perlu di sesuaikan dengan barang yang anda ingin beri kepada pasangan. Pastikan anda tahu saiz dulang kerana dikhuatiri ada barangan yang tak muat untuk digubah diatas dulang yang dipilih.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar untuk mengelakkan kesukaran dalam mengubahnya kerana kebanyakkan dulang dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil. Kami ada juga menyediakan dulang bersaiz besar walaubagaimanapun kuantiti untuk dulang bersaiz besar agak terhad.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Biasanya pihak perempuan akan memberi sireh junjung kepada pihak lelaki dan pihak lelaki akan membalas dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran. Agak menarik juga sekiranya pasangan menggunakan dulang dari rona atau material yang sama. Dulang tidak perlu sama untuk kedua-dua belah hantaran. Walaubagaimanapun mungkin boleh menggunakan dulang yang serasi seperti kedua2 pihak menggunakan dulang berona silver, atau material crystal, sebagai contoh.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
Sirih Junjung
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/Kek Cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
Mas kahwin/Duit Hantaran
Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
Tepak sirih
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Potpourri/Bunga Rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg Tangan
Set wangian /Barang mekap
Buah-buhan
Kek/Kek Cawan/ Coklat
Ini sebagai idea sahaja ye Jangan pening-pening.,.kami ada menyediakan pelbagai jenis dulang hantaran ekslusif pada harga serendah RM20 sebiji, tepak sireh tradisional dan moden, Bekas cincin, tempat letak cek, Bekas bunga rampai dan pelbagai barangan lagi untuk hantaran di hari bahagia anda

0 comments:

Post a Comment

© Pamabearlilangels Rental Services, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena